Wednesday, 25 September 2013

Ini Zaman Kini

Sekarang ini zaman berubah,
Yang bijak akan berdiri gah;
Si jiwa lemah duduk terngaga,
Bermuka dua cara mudah berjaya.
Kini bukan lagi zaman berbudi,
Kerana manusia sibuk mengejar duniawi;
Adab diri tidak kelihatan lagi,
Bila agama mudah dijual beli.
Apalah guna berkata benar,
Jika yang batil lebih didengar;
Mulalah merebak perkara mungkar,
Mendorong iman di hati mulai pudar.
Bukan mudah berdiri pabila tempang,
Kuatkan hati untuk cemerlang;
Amanahlah kita dalam berjuang,
Supaya agama dan bangsa tetap dijulang.

Sang Pembenci

Pembenci-pembenci di tengah kota...
Kau kibarkan panji pelik dengan rasa bangga...
Kau laungkan kalimah palsu untuk si dungu percaya...
Kau menghina jalur gemilang tanpa rasa bersalah...
Sudahlah kau menukar sejarah dengan dongeng si gila kuasa...
Sambil perjuangkan perkara yang merobek kedamaian...
Dengan yakin jari menunding ke sana sini...
Sedangkan kejahilan sendiri yang meruntuhkan peribadi...
Sudahlah wahai sang pembenci...
Belum puaskah dengan tragedi bergelimpangan si mati...
Janganlah keharmonian ini dirobek lagi...
Bimbang bumi bertuah ini akan berdarah kembali...
(AJ,2013)

Aku Anak Darul Takzim

Aku lahir di selatan bumi bertuah,
Kurniaan Illahi yang mencipta semua;
Biru,merah dan putih didalam darah,
Berjiwa besar berhati pewira.
Ketua agama negeriku ialah Sultan,
Raja di nama rakyat di hati;
Berbakti bak hamba tidak minta balasan,
Tidak gemar mencanang segala bakti.
Bangsa Johor nama diberi,
Namanya gah di mana-mana;
Bangsa Johor tidak mudah berpatah hati,
Walau dimaki juga dihina.
Majunya negeriku sudah lama,
Tetapi tidak kami mendabik dada;
Agama Islam tetap dihormati semua,
Itulah punca tiada sengketa.
Jika ada yang saling benci,
Bukanlah Johor di dalam hati;
Kerna Johor suka menyayangi,
Penuh juga dengan budi pekerti.

Politik si Politikus

UMNO itu tidak ma'sum walaupun lahirnya dalam istana...
PAS pula tidaklah mulia kerana datangnya daripada UMNO juga...
PKR itu tidaklah begitu adil kerana atasannya dipelopori keluarga...
Tidak ada yang sempurna sebenarnya.
Politik kita kini bukanlah untuk membina negara 
Tetapi lebih kepada drama bagi membina nama dan kuasa.
Benar..yang diperjuangkan itu adalah hak kamu sebagai rakyat...
Tetapi janganlah kita lupa..yang lain juga mempunyai hak mereka.
Jika semua sibuk dengan hak masing2...
Bagaimana hak kita dengan Pencipta?
Yang jelas lebih banyak untuk kita lunaskan...
Jadi berpadalah dalam meminta dan memberi...
Jika kita berselisih faham dan berbantah2...kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah...
Bukan sibuk berhujah sehingga tiada penghujungnya..
"Kita kini hidup dalam kerajaan yang pekak dan pembangkang yang buta..." 
Maaf jika ada yang terasa 

Pecah Punca Lemah

Aku lihat Melayu,hatiku terasa sayu
Aku pandang Islam,hatiku menjadi kelam
Kerana mereka sangat benci untuk bersatu
Tetapi gemar bersengketa dan berdendam
Apakah itu nilai murni bangsa dan agamaku?
Meminta-minta,seolah-olah semua itu hak mereka
Memaki hamun seperti bahasa kita itu tiada maruah
Mengaku bijak sedangkan ideanya seperti 'rojak'
Menuduh,memfitnah seumpama diri itu tidak akan berdosa
Butakah mata saudara ku ini?
Tuli kah telinga mereka ini?
Yang hak dijadikan batil
Yang batil diangkat menjadi hak
Sampai bila perpecahan akan berterusan?
Mungkin sehingga kiamat baru muncul kesedaran
Ingatlah wahai taulan...
Islam itu kuat setelah mereka bersaudara
Melayu itu gah ketika mereka berkerjasama
Pandang dan kenanglah sirah kita...
Supaya benar-benar bangkit sehingga berjaya
Bangkitlah....sedarlah....perjuangan kita tidak pernah selesai

Bismillah...Jika sudi,hayatilah,cara orang Johor berbicara...

Bukankah cinta itu sangat indah,
Sehingga manusia separuh gila;
Apakah kita ini kurang bertuah,
Seperti saudara Palestin dan Syria.
Apalah guna sibuk bersengketa,
Sehingga tidak bertegur sanak saudara,
Bukankah Islam itu suatu yang indah,
Hayatilah ia walaupun tidak mudah.
Perkara yang lepas usahlah di canang-canang,
Bimbang nanti hidup kita tidak tenang;
Sekarang teruskan janji yang telah rakyat pegang,
Bukannya sibuk bising dan bersenang-lenang.
Kita hidup berbilang bangsa,
Adab dan tutur wajar dijaga;
Biar pun sungguh apa dicerita,
Gunakanlah akal bukan mulut untuk menyelesaikannya.
Kepada pelajar seperti saya,
Dalam sibuk menuntut tidak salah turut serta;
Tapi janganlah sampai kecewa ibu dan bapa,
Risau nanti nama kita tercatit ke neraka.

Sharing our love towards our parents :

Dalam gelap beduk dipalu,
Azan subuh bergema di udara,
Selimut ditarik daripada tubuh,
Bangkit mereka berdua menolak lelah,
Sudahi kewajipan tuhan satu per lima,
Bergegas pula kedua mempelai,
Seorang ke dapur seorang bangkitkan si tidur,
Susuk yang lena dipujuk terjaga,
Selesai bersiap dihidangkan santapan,
Saku sang raja cuma ada sepuluh,
Dibahagi sepuluh kepada lima,
Membiarkan dirinya berlapar sebentar,
Kerana lima senyuman sudah cukup mengenyangkan,
Kucupan di dahi dan pipi tidak terlupa,
Menjadi penyegar dan penawar untuk belajar,
Maka sayangilah kamu akan mereka,
Sang raja dan ratu yang rela menjadi hamba,
Terima kasih ayah dan ibu,
Semoga tuhan berkati mereka selalu..