Monday, 23 September 2013

Akulah pejuang hak

Aku punya hak bersuara,
Aku guna bagai nak gila,
Bila yang lain tanya hak suara mereka?
Aku terdiam mengubah cerita.
Aku pejuang hak royalti dan subsidi,
Aku punya hak bukan kau encik menteri,
Bila ditanya sudahkah mengkaji?
Aku terdiam mencari isi.
Aku pejuang hak asasi manusia,
Semua rakyat perlulah sekata,
Bila ditanya keadilan itu apa?
Aku terbelek-belek buku agama dan Dewan Bahasa.
Aku pejuang semangat dan hak orang muda,
Aku mahu si tua mula bersara,
Bila ditanya sudahkah kau bersedia?
Aku terkelu mencari idea dan segala petua berjaya si tua.
Aku ini pejuang hak bangsa merdeka,
Aku mahukan semuanya kaya,
Bila ditanya kenapa kau tak berkerja sibuk berdemo saja?
Aku tertunduk terfikir mencari salah siapa.
Aku ini pejuang hak agamaku tercinta,
Aku benci orang yang berbuat dosa,
Bila disoal benarkah ini ajaran agama?
Aku mula mencari kitab-kitab ulama lama.

No comments:

Post a Comment