Dikatakan bermula daripada insiden inilah,politik Malaysia mula menjadi kacau-bilau.Tambahan pula tindakan Pak Lah mengeluarkan sahabatnya,Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada tahanan ISA juga menimbulkan berbagai reaksi.Ahli UMNO yang ketika itu merasakan mereka kebal telah mula kucar-kacir kerana 'Penegak Keadilan' telah dikeluarkan oleh ketua mereka sendiri.Rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan Pak Lah,ramai ahli UMNO telah bertindak keluar parti tambahan pula bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4,Tun Dr.Mahathr Mohammad telah berbuat demikian kerana rasa kurang yakin dengan pemerintahan presiden UMNO ketika itu.Desakan demi desakan telah dibuat supaya Pak Lah meletakkan jawatannya bagi memberi ruang pemimpin nombor 2 ketika itu,Dato' Sri Mohammad Najib Abdul Razak mengambil alih tampuk kepimpinan supaya dapat mengembalikan UMNO kearah kegimilangannya.Akhirnya Pak Lah akur dan membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai presiden UMNO pada PAU 2008 dan sekaligus menyaksikan Dato' Sri Najib menang tanpa bertanding begitu juga timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.Pada PAU 2008 ini juga Tun Dr.Mahathir telah membuat 'comeback' yang sangat dramatik ketika ucapan Timbalan presiden sedang berlangsung dengan diiringi tepukan gemuruh,jeritan,'standing ovation' serta tangisan kegembiraan ahli-ahli UMNO yang berada di situ.
Kembalinya ikon politik,Tun M sedikit sebanyak menjadi pemangkin semangat kepada UMNO dan presidennya sepertimana kembalinya ketua pambangkang,DSAI dalam arena politik cuma bezanya Tun M tidaklah masuk bertanding dan mengejar jawatan baik dalam kabinet mahupun parti.Politik Malaysia semakin rancak dan tidak salah jika saya katakan semakin ekstrem setelah pelbagai drama politik berlaku.Bermula dengan perhimpunan jalanan atau perhimpunan aman BERSIH pada 2007,politik Malaysia menjadi bualan ramai dan isu yang paling terkenal dikalangan rakyatnya sehingga ada yang berasa muak.Pada masa ini juga,golongan yang suaranya sebelum ini tidak menjadi layanan atau tidak diendah oleh pelbagai pihak untuk beberapa ketika telah bangkit.Mereka adalah 'BELIA' yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar universiti dan kolej.Dengan bangkitnya golongan ini,ahli politik kedua-dua belah pihak telah mencuba sedaya upaya mempengaruhi agar para belia ini menyebelahi pihak mereka.Dalam perebutan ini,pihak pembangkang telah selangkah kehadapan berbanding kerajaan dan hal ini dapat dibuktikan pada siri-siri himpunan atau demonstrasi seperti BERSIH 2.0,3.0,Himpunan Hijau,Oren dan yang terbaru Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Saban hari,semakin ramai pemuda dan pemudi menceburkan diri mereka ke dalam arena politik secara langsung dan tidak langsung.Mereka akan mula menyuarakan pandangan mereka secara kritis dan lantang di laman-laman sosial seperti 'Facebook','Twitter'dan blog.Mereka kemudiannya berhujah serta berdebat sesama sendiri mengikut idealogi politik masing-masing dengan berpaksikan sumber yang mereka rasakan betul(kebanyakan tidak serta diragui) seperti mereka ini tahu segala-galanya.'Diskusi' mereka ini pada mulanya berjalan secara baik dan berhemah tetapi keadaan akan berubah dek kerana sikap sebahagian daripada mereka yang 'ada angin' tidak dapat menerima persoalan dan hujah orang lain yang tidak sependapat dengan idealogi mereka.Maka akan berlakulah maki hamun,caci maki dan lain-lain sehingga 'diskusi' itu jauh tersasar daripada topik yang dibincangkan.Hal ini dapat dilihat dalam 'page-page' yang dibuat khas contohnya "Anak Muda Benci Umno" dan "Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad".Walaupun kadangkala hujah dan penerangan 'admin' 'page' itu sangat bernas,kerana sikap tidak matang para belia itu kekecohan pasti berlaku dalam ruangan komen.
Kini mereka(belia) gemar bercakap mengenai hak mereka untuk bersuara,hak menyatakan pendapat,hak demokrasi dan hak sebagai rakyat Malaysia.Tetapi dalam masa yang sama mereka terlupa akan hak orang lain.Apakah orang muda ini betul-betul sibuk menegakkan hak?Atau ianya alasan politik semata-mata?Belia Melayu paling banyak menyertai politik atas dasar apa,saya tidak dapat pastikan tetapi sangat beza dengan cara belia kaum Cina berpolitilk.Di mana mereka nampak lebih matang dan bersatu dalam berpolitik.Adakah kita masih lagi terlena dek kemudahan dan 'keistimewaan Melayu'?Dimanakah silapnya?
No comments:
Post a Comment