Wednesday, 25 September 2013

Ini Zaman Kini

Sekarang ini zaman berubah,
Yang bijak akan berdiri gah;
Si jiwa lemah duduk terngaga,
Bermuka dua cara mudah berjaya.
Kini bukan lagi zaman berbudi,
Kerana manusia sibuk mengejar duniawi;
Adab diri tidak kelihatan lagi,
Bila agama mudah dijual beli.
Apalah guna berkata benar,
Jika yang batil lebih didengar;
Mulalah merebak perkara mungkar,
Mendorong iman di hati mulai pudar.
Bukan mudah berdiri pabila tempang,
Kuatkan hati untuk cemerlang;
Amanahlah kita dalam berjuang,
Supaya agama dan bangsa tetap dijulang.

Sang Pembenci

Pembenci-pembenci di tengah kota...
Kau kibarkan panji pelik dengan rasa bangga...
Kau laungkan kalimah palsu untuk si dungu percaya...
Kau menghina jalur gemilang tanpa rasa bersalah...
Sudahlah kau menukar sejarah dengan dongeng si gila kuasa...
Sambil perjuangkan perkara yang merobek kedamaian...
Dengan yakin jari menunding ke sana sini...
Sedangkan kejahilan sendiri yang meruntuhkan peribadi...
Sudahlah wahai sang pembenci...
Belum puaskah dengan tragedi bergelimpangan si mati...
Janganlah keharmonian ini dirobek lagi...
Bimbang bumi bertuah ini akan berdarah kembali...
(AJ,2013)

Aku Anak Darul Takzim

Aku lahir di selatan bumi bertuah,
Kurniaan Illahi yang mencipta semua;
Biru,merah dan putih didalam darah,
Berjiwa besar berhati pewira.
Ketua agama negeriku ialah Sultan,
Raja di nama rakyat di hati;
Berbakti bak hamba tidak minta balasan,
Tidak gemar mencanang segala bakti.
Bangsa Johor nama diberi,
Namanya gah di mana-mana;
Bangsa Johor tidak mudah berpatah hati,
Walau dimaki juga dihina.
Majunya negeriku sudah lama,
Tetapi tidak kami mendabik dada;
Agama Islam tetap dihormati semua,
Itulah punca tiada sengketa.
Jika ada yang saling benci,
Bukanlah Johor di dalam hati;
Kerna Johor suka menyayangi,
Penuh juga dengan budi pekerti.

Politik si Politikus

UMNO itu tidak ma'sum walaupun lahirnya dalam istana...
PAS pula tidaklah mulia kerana datangnya daripada UMNO juga...
PKR itu tidaklah begitu adil kerana atasannya dipelopori keluarga...
Tidak ada yang sempurna sebenarnya.
Politik kita kini bukanlah untuk membina negara 
Tetapi lebih kepada drama bagi membina nama dan kuasa.
Benar..yang diperjuangkan itu adalah hak kamu sebagai rakyat...
Tetapi janganlah kita lupa..yang lain juga mempunyai hak mereka.
Jika semua sibuk dengan hak masing2...
Bagaimana hak kita dengan Pencipta?
Yang jelas lebih banyak untuk kita lunaskan...
Jadi berpadalah dalam meminta dan memberi...
Jika kita berselisih faham dan berbantah2...kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah...
Bukan sibuk berhujah sehingga tiada penghujungnya..
"Kita kini hidup dalam kerajaan yang pekak dan pembangkang yang buta..." 
Maaf jika ada yang terasa 

Pecah Punca Lemah

Aku lihat Melayu,hatiku terasa sayu
Aku pandang Islam,hatiku menjadi kelam
Kerana mereka sangat benci untuk bersatu
Tetapi gemar bersengketa dan berdendam
Apakah itu nilai murni bangsa dan agamaku?
Meminta-minta,seolah-olah semua itu hak mereka
Memaki hamun seperti bahasa kita itu tiada maruah
Mengaku bijak sedangkan ideanya seperti 'rojak'
Menuduh,memfitnah seumpama diri itu tidak akan berdosa
Butakah mata saudara ku ini?
Tuli kah telinga mereka ini?
Yang hak dijadikan batil
Yang batil diangkat menjadi hak
Sampai bila perpecahan akan berterusan?
Mungkin sehingga kiamat baru muncul kesedaran
Ingatlah wahai taulan...
Islam itu kuat setelah mereka bersaudara
Melayu itu gah ketika mereka berkerjasama
Pandang dan kenanglah sirah kita...
Supaya benar-benar bangkit sehingga berjaya
Bangkitlah....sedarlah....perjuangan kita tidak pernah selesai

Bismillah...Jika sudi,hayatilah,cara orang Johor berbicara...

Bukankah cinta itu sangat indah,
Sehingga manusia separuh gila;
Apakah kita ini kurang bertuah,
Seperti saudara Palestin dan Syria.
Apalah guna sibuk bersengketa,
Sehingga tidak bertegur sanak saudara,
Bukankah Islam itu suatu yang indah,
Hayatilah ia walaupun tidak mudah.
Perkara yang lepas usahlah di canang-canang,
Bimbang nanti hidup kita tidak tenang;
Sekarang teruskan janji yang telah rakyat pegang,
Bukannya sibuk bising dan bersenang-lenang.
Kita hidup berbilang bangsa,
Adab dan tutur wajar dijaga;
Biar pun sungguh apa dicerita,
Gunakanlah akal bukan mulut untuk menyelesaikannya.
Kepada pelajar seperti saya,
Dalam sibuk menuntut tidak salah turut serta;
Tapi janganlah sampai kecewa ibu dan bapa,
Risau nanti nama kita tercatit ke neraka.

Sharing our love towards our parents :

Dalam gelap beduk dipalu,
Azan subuh bergema di udara,
Selimut ditarik daripada tubuh,
Bangkit mereka berdua menolak lelah,
Sudahi kewajipan tuhan satu per lima,
Bergegas pula kedua mempelai,
Seorang ke dapur seorang bangkitkan si tidur,
Susuk yang lena dipujuk terjaga,
Selesai bersiap dihidangkan santapan,
Saku sang raja cuma ada sepuluh,
Dibahagi sepuluh kepada lima,
Membiarkan dirinya berlapar sebentar,
Kerana lima senyuman sudah cukup mengenyangkan,
Kucupan di dahi dan pipi tidak terlupa,
Menjadi penyegar dan penawar untuk belajar,
Maka sayangilah kamu akan mereka,
Sang raja dan ratu yang rela menjadi hamba,
Terima kasih ayah dan ibu,
Semoga tuhan berkati mereka selalu..

Pintu

Ingat petua dahulu kala,
Bukakanlah 'pintu rumah'mu seluasnya;
Berpusu-pusu kan masuk rezeki yang Esa,
Berkat rezeki yang dikongsi bersama.
Orang kini benci membuka 'pintu',
Katanya rezeki hasil usaha sendiri;
Alasannya pencuri sentiasa menunggu,
Maka 'pintu' perlulah sentiasa dikunci.
'Pintu' terbuka kepada yang terpilih,
Katanya ini hak si 'tuan rumah';
Katanya maaf bukan nak pilih kasih,
Cuma ingin mengelak musibah.
Bila 'pintu' asyik ditutup rapi,
Bimbang orang yang baik takkan dekati;
Bukankah penyangak ramai yang bijak,
Bila 'rumah' ternoda nanti jangan nak melalak.
Kalau 'pintu' sukar sangat nak dibuka,
Jangan menyesal terjadi apa-apa;
Sungguhpun ye nak 'rumah' selamat,
Jangan sampai mati nanti tiada yang melawat.
'Pintu' ini berbagai erti,
Bergantung pada pemikiran sendiri;
Jika maksud tersirat dapat difahami,
Sebarkanlah ilmu yang tak seberapa ini.

Monday, 23 September 2013

Topeng

Sebuah kota yang gah berdiri,
Tersimpan didalamnya berjuta rahsia,
Disebalik kehebatan di mata dunia,
Tersorok kisah hitam yang mengundang malu,
Impian dan cita-cita menjadi si kaya,
Sehingga lupa adab dan agama,
Pencuri kini bukan hanya dia yang miskin,
Kurang juga daripada mereka yang papa,
Berbaju 'coat' berkereta ratusan ribu,
Rupanya dia penjenayah paling bahaya,
Sungguhpun berbeza modus operandinya,
Syarat utama 'bergraduan' pencuri berubah tiada,
Tidak kira zaman dan abad dia berada,
"1)Si pencuri perlu memakai topeng di muka",
Kalau tidak diturut gagal lah dia,
Syarat ini banyak faedahnya,
Supaya nanti rahsia 'kita' tidak terbongkar,
Melindungi juga daripada prasangka manusia,
Wajah jahatmu kan sentiasa nampak suci,
Bahkan mungkin kau akan disanjung tinggi,
"Mustahil dia yang baik sebegitu orangnya!",
"Mana mungkin si kuat agama membuat durjana!",
"Kau jangan fitnah dia yang bijaksana!",
"Hanya si gila percaya dia berdosa!",
Bukankah dunia kini  fatamorgana,
Maka berhati-hatilah sebelum kau terkena...

Akulah pejuang hak

Aku punya hak bersuara,
Aku guna bagai nak gila,
Bila yang lain tanya hak suara mereka?
Aku terdiam mengubah cerita.
Aku pejuang hak royalti dan subsidi,
Aku punya hak bukan kau encik menteri,
Bila ditanya sudahkah mengkaji?
Aku terdiam mencari isi.
Aku pejuang hak asasi manusia,
Semua rakyat perlulah sekata,
Bila ditanya keadilan itu apa?
Aku terbelek-belek buku agama dan Dewan Bahasa.
Aku pejuang semangat dan hak orang muda,
Aku mahu si tua mula bersara,
Bila ditanya sudahkah kau bersedia?
Aku terkelu mencari idea dan segala petua berjaya si tua.
Aku ini pejuang hak bangsa merdeka,
Aku mahukan semuanya kaya,
Bila ditanya kenapa kau tak berkerja sibuk berdemo saja?
Aku tertunduk terfikir mencari salah siapa.
Aku ini pejuang hak agamaku tercinta,
Aku benci orang yang berbuat dosa,
Bila disoal benarkah ini ajaran agama?
Aku mula mencari kitab-kitab ulama lama.

Thursday, 12 September 2013

Pantun "Soalan Diri"

Hidup ini seakan bumi,
Berputar dia di atas paksi;
Jika baik amal dan budi,
Kenapa riak membangga diri?
Berbaju baru pelbagai jenama,
Datangnya dari luar negara;
Kalau benar kuat agama,
Mengapa mulut suka menghina?
Pergi ke pantai untuk berkelah,
Buat penawar penat dan lelah;
Betulkah hati sangat pemurah,
Ikhlas ia bila bersedekah?
Batu sembang berintikan saga,
Permainan tradisi si anak muda;
Hidup didunia hanya sementara,
Bagaimana hubungan dengan keluarga dan Pencipta?
Pencakar langit penuh di kota,
Jadi impian berbakti di sana;
Janganlah gemar meminta-minta,
Susahkah kamu untuk berusaha?
Ada musim perang bendera,
Sibuk berhimpun di sini sana;
Benarkah cinta akan negara,
Sudahkah kibar bendera Malaysia?
Taman yang cantik hiasan dunia,
Molek berjalan bersama keluarga;
Pantun ini bukan mengata,
Hanya nasihat untuk semua.

Wira Bersongkok

Molek wajah bersongkok dikepala
Berbaju tradisi menambahkan lagi seri
Menjunjung Quran mencium keris
Menonjolkan kononnya peribadi sejati
Kononnya "Aku lah si pejuang agama"
"Si penegak bangsa dan pemaju negara"
Harapannya si 'bijak' akan terpedaya
Atas nama demokratik pilihlah saya
Jenaka ini menjadi sebati
Kepada rakyat bila tiba waktu mengundi
Lakonan yang hebat akan berjaya
Atau mungkin hasil 'hadiah' daripada si kaya
Usahlah kamu bermimpi lagi
Mengidamkan jawatan yang tak mampu diisi
Amanah itu berat timbangannya
Kelak ditanya Tuhan kau kan terkelu membisu
Fikirkanlah wahai pemimpinku
Jangan terlalu diikutkan nafsu...

Wednesday, 11 September 2013

Keliru...

Merah atau hijau?
Rakyat jelata terus keliru terpinga...
Kita terus alpa dan ternoda akan kata dan bicara mereka.
Kebenarannya,kedua-dua pihak ini tidak banyak bezanya 
Kerna di dalam ada yang baik dan ada yang buruknya.
Mereka meluahkan anti rasuah...
Tetapi tangan sendiri yang terhulur meminta 'hadiah'.
Membicarakan hal anti-perkauman tetapi diri sendiri bersifat perkauman.
Mengatakan saudara seagama yang lain pendapatnya sebagai sesat,kufur dan songsang 
Seolah-olah iman di hati mencukupi dan seperti nama itu sudah yakin ada di syurga nanti.
Kamu memekik suara keadilan dan kebebasan demokrasi...
Tetapi menghalang serta memperlekeh mereka yang berbeda ideologi.
Jumlah yang hadir ceramah..yang berselerakan dijalanan bukanlah pengukur kekuatan...
Jangan berasa diri terlalu bijak sehingga telinga itu menjadi pekak.
Jangan mudah percaya sampai mata terbuta.
Jangan ghairah berbicara lalu adab berbicara terlupa.
Sedarlah...perkara pertama Rasulullah lakukan setibanya di Yathrib..
Bukan menuntut keadilan diri baginda yang lebih teruk teraniaya 
Tetapi menyatukan muhajirin dan ansar dengan cinta...
Bagaimanakah Islam akan kental berdiri 
Jika perasan benci sesama muslim kukuh di hati?

Tuesday, 10 September 2013

Politik Malaysia kini....

Kerajaan Barisan Nasional dibawah pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi(Pak Lah) (2003-2009) kurang berjaya dan hal ini tidak dapat disangkal.Malah saya yakin ramai yang akan bersetuju dengan pendapat ini,baik daripada pihak yang 'pro-kerajaan' dan juga pihak 'pro-pembangkang'.Ada yang mengatakan kemenangan besar BN pada pilihan raya sebelum itu (PRU11) telah membuatkan mereka lalai akan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.Begitu juga cerita kononnya Pak Lah begitu lembut sehingga mereka yang dibawahnya mula 'naik tocang' dan ada yang mengatakan Pak Lah tidak pandai mentadbir.Tidak dapat dipastikan alasan,fakta atau cerita mana yang sahih kerana semua yang menyebarkannya dengan penuh yakin mengatakan mereka benar,mereka menjadi saksi dan sebagainya bagi meyakinkan rakyat Malaysia akan apa yang disebarkan oleh mereka itu benar dan betul.
Dikatakan bermula daripada insiden inilah,politik Malaysia mula menjadi kacau-bilau.Tambahan pula tindakan Pak Lah mengeluarkan sahabatnya,Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada tahanan ISA juga menimbulkan berbagai reaksi.Ahli UMNO yang ketika itu merasakan mereka kebal telah mula kucar-kacir kerana 'Penegak Keadilan' telah dikeluarkan oleh ketua mereka sendiri.Rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan Pak Lah,ramai ahli UMNO telah bertindak keluar parti tambahan pula bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4,Tun Dr.Mahathr Mohammad telah berbuat demikian kerana rasa kurang yakin dengan pemerintahan presiden UMNO ketika itu.Desakan demi desakan telah dibuat supaya Pak Lah meletakkan jawatannya bagi memberi ruang pemimpin nombor 2 ketika itu,Dato' Sri Mohammad Najib Abdul Razak mengambil alih tampuk kepimpinan supaya dapat mengembalikan UMNO kearah kegimilangannya.Akhirnya Pak Lah akur dan membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai presiden UMNO pada PAU 2008 dan sekaligus menyaksikan Dato' Sri Najib menang tanpa bertanding begitu juga timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.Pada PAU 2008 ini juga Tun Dr.Mahathir telah membuat 'comeback' yang sangat dramatik ketika ucapan Timbalan presiden sedang berlangsung dengan diiringi tepukan gemuruh,jeritan,'standing ovation' serta tangisan kegembiraan ahli-ahli UMNO yang berada di situ.
Kembalinya ikon politik,Tun M sedikit sebanyak menjadi pemangkin semangat kepada UMNO dan presidennya sepertimana kembalinya ketua pambangkang,DSAI dalam arena politik cuma bezanya Tun M tidaklah masuk bertanding dan mengejar jawatan baik dalam kabinet mahupun parti.Politik Malaysia semakin rancak dan tidak salah jika saya katakan semakin ekstrem setelah pelbagai drama politik berlaku.Bermula dengan perhimpunan jalanan atau perhimpunan aman BERSIH pada 2007,politik Malaysia menjadi bualan ramai dan isu yang paling terkenal dikalangan rakyatnya sehingga ada yang berasa muak.Pada masa ini juga,golongan yang suaranya sebelum ini tidak menjadi layanan atau tidak diendah oleh pelbagai pihak untuk beberapa ketika telah bangkit.Mereka adalah 'BELIA' yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar universiti dan kolej.Dengan bangkitnya golongan ini,ahli politik kedua-dua belah pihak telah mencuba sedaya upaya mempengaruhi agar para belia ini menyebelahi pihak mereka.Dalam perebutan ini,pihak pembangkang telah selangkah kehadapan berbanding kerajaan dan hal ini dapat dibuktikan pada siri-siri himpunan atau demonstrasi seperti BERSIH 2.0,3.0,Himpunan Hijau,Oren dan yang terbaru Himpunan Kebangkitan Rakyat.
Saban hari,semakin ramai pemuda dan pemudi menceburkan diri mereka ke dalam arena politik secara langsung dan tidak langsung.Mereka akan mula menyuarakan pandangan mereka secara kritis dan lantang di laman-laman sosial seperti 'Facebook','Twitter'dan blog.Mereka kemudiannya berhujah serta berdebat sesama sendiri mengikut idealogi politik masing-masing dengan berpaksikan sumber yang mereka rasakan betul(kebanyakan tidak serta diragui) seperti mereka ini tahu segala-galanya.'Diskusi' mereka ini pada mulanya berjalan secara baik dan berhemah tetapi keadaan akan berubah dek kerana sikap sebahagian daripada mereka yang 'ada angin' tidak dapat menerima persoalan dan hujah orang lain yang tidak sependapat dengan idealogi mereka.Maka akan berlakulah maki hamun,caci maki dan lain-lain sehingga 'diskusi' itu jauh tersasar daripada topik yang dibincangkan.Hal ini dapat dilihat dalam 'page-page' yang dibuat khas contohnya "Anak Muda Benci Umno" dan "Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad".Walaupun kadangkala hujah dan penerangan 'admin' 'page' itu sangat bernas,kerana sikap tidak matang para belia itu kekecohan pasti berlaku dalam ruangan komen.
Kini mereka(belia) gemar bercakap mengenai hak mereka untuk bersuara,hak menyatakan pendapat,hak demokrasi dan hak sebagai rakyat Malaysia.Tetapi dalam masa yang sama mereka terlupa akan hak orang lain.Apakah orang muda ini betul-betul sibuk menegakkan hak?Atau ianya alasan politik semata-mata?Belia Melayu paling banyak menyertai politik atas dasar apa,saya tidak dapat pastikan tetapi sangat beza dengan cara belia kaum Cina berpolitilk.Di mana mereka nampak lebih matang dan bersatu dalam berpolitik.Adakah kita masih lagi terlena dek kemudahan dan 'keistimewaan Melayu'?Dimanakah silapnya?